Bismillahirrahmanirrahim....
Assalamualaikum..
Rasanya dah lama tak update blog ni...okeh..kali ni nak update sikit berkenaan Ramadhan..
Firstly nak kongsi sikit lah....ape yang dimaksudkan dengan puasa ni.. hurm...PUASA ni dari segi bahasa menahan diri..dari segi istilah pula menahan diri dari melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa dan yang boleh merosakkan pahala puasa..semua orang tau ape itu puasa kan??tapi masih ramai yang tau tapi buat-buat tak tau....okeh..
next..nak share sikit ape yang diperkatakan oleh Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali dalam kitabnya..beliau telah membahagikan puasa ni kepada 3 kategori..nak tau tak?? kategori 1)Puasa umum( puasa orang awam)...2)Puasa khusus..3)Puasa khusus al-khusus( puasa para nabi dan sahabat)..okeh,,,puasa pertama puasa umum atau puasa orang awan..haaa yg ni kita selalu buat..puasa yang hanya menahan diri dari lapar dan dahaga.perkara-perkara yang boleh membatalkan dan merosakkan pahala puasa kita still buat.mereka berpuasa dengan hanya memelihara perut dan kemaluan..yang kedua pula puasa khusus..Puasa orang yang berada dalam kategori ini bukan sekadar menjaga diri daripada tidak makan dan minum semata-mata,bahkan memelihara seluruh anggota badan iaitu pendengaran, penglihatan, percakapan,dan anggota badan yang lain daripada melakukan perkara-perkara yang sia-sia..Yang ketiga pula puasa khusus al-khusus(puasa para nabi dan sahabat). ini adalah puasa tingkat yang paling tinggi.Orang yang berada dalam kategori ini bukan sahaja menjaga dirinya daripada makan dan minum bahkan menjaga dan memelihara anggota lain daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa atau mengurangkan pahala puasa sahaja.Mereka turut menjaga hati semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.Hatinya bulat daripada mengingati perkara lain selain perkara puasa. Hatinya berpuasa daripada perkara-perkara duniawi.. Inilah tahap puasa para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin..
ni jelah yang dapat nak dikongsikan ye...semoga bermanfaat
